Tuanku Tambusai
Tuanku Tambusai

Tuanku Tambusai

Syeikh Haji Muhammad Saleh atau Tuanku Tambusai (Tambusai, Rokan Hulu, Riau, 5 November 1784 – Negeri Sembilan, Malaysia, 12 November 1882) ialah seorang pemimpin Islam bagi gerakan padri. Dikenali sebagai Tuanku Tambusai, beliau terkenal di Indonesia sebagai salah seorang pemimpin yang menentang penyusupan penjajah semasa Perang Padri pada 1838 bersama-sama Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Rao.